saya ambil gambar ya!!
::Doa Buat Puteri Ku::
Saya copy paste dari blog MyaElzara,
begitu indah bahasa puisi yang lahir,
dari hati seorang ibu..
punya makna tersirat...
dalam kata2 yang disurat...
Puteriku...
Mya Elzara Batrisya
Baris-baris ini ku rakam untukmu
Bersaksi Tuhan dan juga Rasulmu
Kau anugerah
Kau anugerah
Kau jua amanah
Kurniaan paling berharga
Taklifan paling utama
Maha Benar firman Tuhan
Suatu perhiasan
Mainan yang menyenangkan jiwa
Juga suatu ujian
Cubaan yang menuntut segenggam ketabahan
Ditatang seperti minyak yang penuh
Belaian peluk manja
Penuh kasih sayang
Ajaran serta didikan
Penuh adab sopan
Seringkali jua sabar diduga
Hamba kecil tidak mengerti apa
Menjadi mangsa ammarah beraja
Maghfirah dipohon tanda kesalan
Maghfirah dipohon tanda kesalan
Agar kebaikan melingdungimu
Agar kesejahteraan sentiasa mengiringimu
Mula dari saat kau lahir
Mula dari saat kau lahir
Hingga matimu
Hingga bangkitmu kembali
Tiada harta
Tiada harta
Tiada pusaka
Selain kalam Tuhanmu
Yang Maha Agung
Maha Berkuasa
N3 ini saya lahirkan sempena hari lahir
MyaElzara ke3 tahun..
semuga Mya jadi anak solehah bila dewasa nanti,
jadi anak manis yang berjaya dalam bidang pelajaran
juga kerjaya..
pada yang nak join GA ni klik je link kat bawah ni...
0 comments:
Post a Comment